Isnin, 26 November 2012

BAHAYA UBAT BATUK DAN SELSEMA KEPADA KANAK-KANAK



Ubat-ubat batuk dan selsema boleh membahayakan nyawa kanak-kanak yang berusia enam tahun kebawah.



Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa.

Berdasarkan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.

Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.

Ubat tidak akan menyembuhkannya tetapi hanya membantu mengurangkannya dan kemudian penyakit akan sentiasa berulang. Tumpukan pada pemakanan yang berkhasiat. Pengambilan vitamin C yang cukup setiap hari amat penting bagi membantu mencegah penyakit. Gunakan alat penyedut untuk mengurangkan hidung tersumbat. Lozenges dalam bentuk batang adalah selamat untuk kanak-kanak kecil. Vicks bayi boleh digunakan oleh bayi yang berumur 3 bulan keatas. Pastikan persekitaran sentiasa bersih terutama bilik tidur. Habuk juga penyumbang kepada penyakit.

Wap muka anak juga dapat membantu anak-anak mengeluarkan lendir-lendir dihidung. Kemudian tepuk belakang anak anda bagi membantu kahak longgar dan mudah keluar. Dalam proses ini biasa kanak-kanak akan muntah kerana terasa lendir keluar dari tekak. Walaubagaimana pun cara untuk menepuk perlulah dibuat dengan betul, dapatkan bantuan pakar untuk mempelajari proses tersebut.
Tapi jika ibu bapa masih tidak tahu cara menepuk, wap kan muka sudah memadai untuk membantu anak bernafas lebih lega. Membawa anak ke sauna juga boleh tapi hadkan masa jangan terlalu lama.

Sharing is Caring. xoxo :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...