Isnin, 10 Disember 2012

Penyusuan SUSU IBU vs SUPPLEMEN

Pada zaman yang serba CANGGIH dan MODEN ini, terdapat banyak ubat-ubatan dan kaedah yang canggih-manggih yang blh dipilih oleh orang ramai untuk mengatasi masalah kesihatan yang melanda diri.....Tak kisah lah untuk preventive atau pun untuk mengubati selepas datangnya sakit....Dan untuk ibu2 yang menyusu pula..Adakah vitamin tambahan diperlukan oleh seorang ibu yang menyusukan anak?

Sebenarnya ia adalah pilihan ANDA sendiri.

  Pengambilan makanan tambahan adalah pilihan kepada mereka yang sihat, dan mungkin menjadi WAJIB bila dah sakit. Misalnya, apabila kita demam berpanjangan, adakalanya doktor memberi pil vitamin di samping ubat-ubatan untuk melegakan sakit kita itu.

Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak bagi ibu yang menyusukan? Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan risiko kematian bayi.
Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko, pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.

Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:

  • Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
  • Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
  • Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat; pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan; stress dan sebagainya.
  • Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
  • Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
  • Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
  • Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.

Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.
  • Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
  • Memerlukan lebih kalsium.
  • Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.

Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.

Namun itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi bayinya.
Jadi, terpulanglah kepada diri sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model, ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi.

Bagaimana dengan anda? Berminat nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di FB Nur Azzura@012-5310014

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 * Perkongsian daripada blog : zahirah hafizan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...