-.Ibu hamil secara azalinya mula memandang diet hariannya sebagai
sesuatu yang serius. Maklumlah, membawa insan lain dalam tubuhnya,
menjadikan seorang ibu tidak mahu merisikokan bayinya terhadap
perkara-perkara yang tidak diingini.
- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan semasa mengandung
dikaitkan dengan merendahkan peluang mempunyai bayi dengan alahan
tertentu,satu kajian dari Jepun mencadangkan hal ini.
- Kajian mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang memakan
buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dan kuning yang kaya dengan beta
karotena, mempunyai kurang risiko menghidap ekzema, satu keadaan yang
menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, merah dan rekah.
- Makanan yang tinggi dalam Vitamin E, seperti yang ditemui dalam
beberapa sayur-sayuran hijau, juga didapati boleh mengurangkan risiko
semput pada bayi.
- Kajian ini dibuat terhadap 763 wanita Jepun yang memakan sayur dan
buah semasa mengandung untuk menilai adakah bayi mereka menghidap
ekzema.
- Keputusannya, penyelidik mendapati, pengambilan sayur dan buah yang
kaya dengan fitonutrien semasa hamil mengurangkan risiko ekzema pada
bayi sehingga 79%, selepas didedahkan kepada faktor-faktor yang boleh
mencetuskan ekzema.
- Jadi, kepada ibu-ibu hamil, banyakkan mengambil makananan yang tinggi
dengan beta karotena, insya-Allah kita berusaha untuk menghidarkan
anak-anak kita dari risiko penyakit-penyakit yang boleh mengganggu
kegiatan harian mereka. Dan setelah melahirkan, jangan abaikan untuk
menyusukan bayi anda dengan susu badan!
Dapatkan Set Kehamilan Shaklee hari ini!